Anthony Loke Siew Fong mengumumkan calon DAP Johor yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 di Skudai, Johor.

JOHOR BAHRU – DAP Johor mengumumkan seorang lagi calon Melayu, Fatin Zulaikha Zaidi untuk bertanding di kerusi Parlimen Mersing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman itu dilakukan Setiausaha DAP Anthony Loke Siew Fong itu menjadikan dua calon Melayu telah ditampilkan parti itu pada pilihan raya itu.

Fatin Zulaikha merupakan pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung sejak 2018.

Sebelum ini, bekas ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali diumumkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam.

Selain Fatin Zulaikha, turut diumum bertanding ialah bekas Timbalan Menteri Pendidikan dan penyandang kerusi Kulai, Teo Nie Ching dan Wong Shu Qi bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kluang.

Pengerusi DAP yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perling, Liew Chin Tong akan bertanding di kerusi Iskandar Puteri bagi  menggantikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sebelum ini, parti tersebut mengumumkan Pang Hok Liong akan mempertahankan kerusi Parlimen Labis dan Tan Hong Pin, bekas ADUN Skudai akan bertanding di Bakri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast