KUALA LUMPUR – Malaysia diminta mengetatkan prosedur operasi standard (SOP) saringan Covid-19 di pintu-pintu masuk ke negara ini dan bukannya menghalang kemasukan warga China.
Presiden Persatuan Solidariti Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Malaysia (SAFTTA), Dr Fathir Badri Alhadad berkata, tindakan menghalang kemasukan warga China susulan lonjakan kes Covid-19 di negara itu akan menyebabkan Malaysia kerugian besar.
Sebaliknya, kerajaan dicadangkan mengambil langkah-langkah proaktif seperti ‘’Ujian pra-berlepas Covid-19 48 jam’, ujian saringan Covid-19 dipintu masuk negara dan jika perlu mewajibkan pelancong mahupun pengembara dari China dikuarantin sekurang-kurangnya tiga hari sebelum membenarkan mereka meneruskan aktiviti masing-masing.
Dengan cara ini Malaysia akan tetap dapat menarik pelancong China untuk datang ke Malaysia.
Fathir Badri menambah, pihaknya memandang serius kegusaran awam berkaitan pembukaan sempadan negara China kebelakangan ini.
Namun sebelum menghukum kemasukan warga China untuk memasuk Malaysia, semua pihak perlu melihat betapa pentingnya China dalam membangunkan semula ekonomi negara ini.
”Bayangkan walau ketika negara mereka masih tidak membuka sempadan, nilai perdagangan Malaysia – China mencecah AS$131.21 bilion bagi tempoh lapan bulan pertama 2022 – apatah lagi apabila sempadan negara mereka dibuka kelak!
”China adalah sebuah negara perdagangan terbesar dunia, dan apabila kita bercakap berkaitan ini pastinya ramai pengembara akan ke China atas pelbagai urusan rasmi mahupun sosial. Justeru itu, adakah kita juga akan menyekat kemasukan pengembara ini dari masuk ke Malaysia jika mereka tiba dari China?
”Atau adakah kita hanya akan menyekat pelancong dari China? Jadi kita perlu realistik dalam isu sekatan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Fathir berkata, pada tahun 2020 ketika wabak Covid-19 menular, banyak negara tidak bersedia dan tidak tahu SOP terbaik untuk mencegahnya, akibatnya ekonomi dunia lumpuh.
Tetapi kini setelah lebih dua tahun wabak itu melanda, banyak negara telah mempunyai vaksin dan mempelajari kaedah bagi mengelakkan penularan Covid-19.
”Jika kita terus menerus takut dengan keadaan ini, bagaimana kita hendak memajukan ekonomi negara kita,” ujarnya.
Tambah beliau, perbelanjaan pengembara global China bernilai lebih dari RM1.1 trilion setahun sebelum pandemik, justeru adalah wajar untuk kita terus mempertingkatkan kempen promosi pelancongan di China dan bukannya menyekat mereka dari datang ke Malaysia.
Katanya, SAFTTA bersetuju dengan kenyataan Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia yang mengingatkan kita untuk lebih berhati-hati didalam memberi komen terhadap China kerana kita tidak boleh mendiskriminasi mereka kerana China juga telah mengambil langkah perlu sebelum membenarkan warga mereka untuk ke luar negara.
Lebih daripada itu, menurut beliau, hubungan baik antara dua negara juga perlu dipelihara. – MalaysiaGazette
kenyataan seorang bijak pandai tetapi bodoh. jangan kerananak mengejar keuntungan kemasukan pelancong china tapi akhirnya rakyat tersungkur dan ekonomi terus merudum.
Mahathir bersama DAPIGS PANkhianat Dr WAN Azizah pernah berkata….takkan mau sumbat mereka di kandang lembu….COVID CORONA berlaku di CINA jauh dari Malaysia….kita antara negara hebat yang pernah atasi HINI SARS INFLUENZA….BILA MEREBAK LEPAS TANGAN DAN TUDING JARI