Foto media sosial.

KUALA LUMPUR – Hujan lebat pukul 5 petang tadi menyebabkan padang Stadium Nasional, Bukit Jalil ditutupi kanvas bagi memastikan permukaannya berada di tahap baik.

Tindakan itu diambil bagi memastikan kualiti padang antara Malaysia dan Singapura, malam ini tidak terganggu dengan keadaan becak dan air bertakung seperti kebiasaannya.

Foto-foto mengenai padang itu yang ditutup kini tular di media sosial.

Sementara itu, aksi terakhir Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 itu dijadualkan berlangsung jam 8.30 malam ini dengan skuad Harimau Malaya wajib menang ke atas Singapura untuk melangkah ke separuh akhir.

Puluhan ribu `pemain ke-12′ skuad Harimau Malaya dijangka membanjiri Stadium Nasional selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setakat ini mengesahkan sebanyak 56,742 tiket sudah terjual. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast