KUALA LUMPUR – Jambatan Pulau Pinang (dari arah Pulau Pinang ke Seberang Perai) akan ditutup sementara pada 8 Januari 2023 (Ahad) mulai jam 6.30 pagi sehingga 9 pagi sempena Acara Kayuhan Berbasikal Penang Fellowship Ride 2023.

Walau bagaimanapun, Jambatan Pulau Pinang (dari arah Seberang Perai menghala ke Pulau Pinang) masih beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh tersebut.

Sehubungan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sebagai jalan alternatif sepanjang tempoh penutupan Jambatan Pulau Pinang.

PLUS menasihatkan pengguna lebuh raya untuk merancang perjalanan anda dengan sebaik-baiknya. – MalaysiaGazette