KUALA LUMPUR – Rakyat diminta jangan gusar dengan pelbagai dakwaan ada pihak cuba menjatuhkan kerajaan, kata Perdana Menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sokongan padu kepadanya dalam usul percaya di Parlimen telah membuktikannya.
“Pertamanya yang digusar, dirisau apa dia? Jeritan tiga, empat orang yang belum terima kenyataan.
“Di Parlimen sokong sokong (saya) 148 lebih dua pertiga, itu kenyataan. Untuk beli beberapa orang dengan dana besar tak ubah apa-apa,” katanya dalam Naratif Khas bersama Perdana Menteri di Angkasapuri malam ini.
Beliau berkata demikian mengulas pelbagai dakwaan mahu menjatuhkan kerajaan pimpinannya termasuk yang digelar Langkah London.
Menurut Anwar, berbanding kerajaan terdahuku yang majoritinya hanya dua atau empat, kerajaan sekarang jauh lebih stabil.
“Tak larang orang berusaha atau bermimpi (jatuhkan kerajaan), dulu sebut saya PM Tepi dan sebagainya, biar. Itu yang pertama.
“Kekuatan PH (Pakatan Harapan), BN (Barisan Nasional), GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan GRS (Gabungan Rakyat Sabah0 termasuk Warisan besar untuk dirungkai dan mesti ada alasan. Kita buat sebaik mungkin,” ujarnya.
Mengenai kemelut di Sabah, Anwar mengakui ada dengar percubaan majoriti kecil (menjatuhkan kerajaan negeri) namun yakin ia akan dapat dikeraikan dengan baik.
Malah beliau sudah berbincang dengan bincang Ketua Menteri Sabahm Datuk Seri hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Bung Moktar Raden dan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk mencari penyelesaian terbaik.
“Tapi ia (keadaan di Sabah) tak gambarkan di Persekutuan, sedikit pun tak berubah,” jelasnya.- MalaysiaGazette
Mengubah kerajaan adalah salah satu amalan demokrasi dan ianya perlu diraikan. Tiada salahnya dari segi undang2. Harap2 presiden baharu UMNO nanti dapat segera membawa keluar parti tersebut dari kerajaan minoriti sekarang!