Bibir kanak-kanak tersepit pada penutup botol.

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun tersepit bibir pada penutup botol di Klinik Desa Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur.

Komander operasi PB Mohd Rusdi Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dan menghantar jentera ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan bibir mangsa dari penutup botol dengan menggunakan peralatan khas mini grinder dengan selamat.

“Mangsa mengalami kecederaan bengkak di bibir dan akan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast