Suasana tempat mengumpul data di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah Zon Wilayah Tengah (PKRC ZWT) yang telah memulakan operasi pada 25 Februari 2022 ketika sesi taklimat dan Lawatan Khas Media ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah di MAEPS, Serdang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 02 MAC 2022.

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan baharu Covid-19 meningkat kepada 571 semalam berbanding 431 sehari sebelumnya.

Pertambahan itu menjadikan kes Covid-19 kepada 4,990,249, menurut data KKMNOW.

Sebanyak tujuh kes kematian direkodkan semalam berbanding sifar, kelmarin, termasuk dua kes berlaku di luar premis hospital, menjadikan kes terkumpul sebanyak 38,866 sejak Mac 2020.

Meskipun begitu, kes aktif susut kepada 11,564 berbanding 11,696 kelmarin.

Kes yang dikuarantin di rumah sebanyak 10,945 manakala 581 dirawat di hospital.

Daripada jumlah itu 38 ditempatkan di unit rawatan rapi termasuk 18 memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette