KUALA LUMPUR – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) tidak pernah mengedarkan sebarang borang untuk pendaftaran bantuan banjir Monsun Timur Laut (MTL).

Dalam kenyataan hari ini Nadma berkata, agensi ini tidak terlibat dalam sebarang proses pendaftaran, kelulusan dan agihan bantuan.

“Mohon hubungi pejaabat daerah yang terdekat untuk semua urusan berkaitan bantuan banjir,” katanya.

Jelas Nadma, bagi Bantuan Wang Ihsan (BWI) mangsa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) adalah berdasarkan senarai Ketua Isi Rumah (KIR) yang didaftar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagi mangsa yang tidak berpindah ke PPS, KIR boleh mendaftar dengan ketua-ketua masyarakat atau di pejabat daerah mengikut lokaliti. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast