Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menikmati makan tengah hari sebelum menunaikan solat jumaat di Kedai Ikan Bakar Tangling, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 06 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri hari ini meluangkan masa kira-kira 30 minit untuk menjamu selera di Medan Ikan Bakar Tanglin.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba jam 12.48 tengahari ditemani Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan memilih untuk menjamah empat jenis lauk iaitu ikan jenanak, pari, siakap dan sotong bakar.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Anwar Ibrahim beramah mesra bersama pengunjung semasa hadir makan tengah hari sebelum menunaikan solat jumaat di Kedai Ikan Bakar Tangling, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 06 JANUARI 2023.

 

Kehadiran beliau disambut ratusan pengunjung dan sempat bergambar dan beramah mesra dengan mereka.

Dalam pada itu, pemilik kedai ikan bakar Tanglin, Zainuddin Abdullah, 70, berkata, Pejabat Perdana Menteri itu memberitahu Anwar hanya mahu makan bersama-sama pengunjung tanpa majlis yang formal.

“Pejabat beritahu saya Anwar cuma nak makan bersama rakyat, pejabat dia (Anwar) beritahu untuk makan tengah hari semalam.

“Saya diberitahu dia tak mahu ada persediaan yang bersungguh-sungguh,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Anwar kemudiannya menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Aman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast