Radzi Anwar
Radzi Jidin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin mempersoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembatalan kemudahan kereta untuk bekas-bekas menteri dari pentadbiran terdahulu.

Beliau yang juga bekas Menteri Pendidikan mendakwa kenyataan itu berunsur fitnah kerana bekas menteri tidak menerima kemudahan kereta daripada kerajaan.

“Soalnya, sejak bila bekas menteri ada kemudahan kereta? Batalkan perkara yang tak wujud?

“Bantu banteras fitnah ini, tolong kongsi-kongsikan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Radzi turut berkongsi rakaman video yang mengandungi petikan kenyataan Anwar dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, kelmarin.

“Yang saya lakukan setakat ini bekas-bekas menteri yang baru ini yang mendapat kemudahan-kemudahan biasa dan kereta, semua saya batalkan,” kata Perdana Menteri seperti dipetik daripada rakaman video tersebut.

Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan pembatalan kemudahan kepada bekas-bekas menteri yang dilakukannya setakat ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Harap PM dapat menjawab dakwaan fitnah yang dilakukan dengan segera? Rakyat tidak mahu perkara2 seperti ini menjadi budaya dalam masyarakat!

Comments are closed.