Salah satu babak dalam telemovei Ah Meng.

KOTA BHARU – Telemovie arahan pertama menerusi pengarah muda Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Nasyriq Nawawi menjadi perhatian ramai.

Telemovie bertajuk Ah Meng merupakan produk tempatan untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) terbitan NS Film Productions Sdn Bhd sudah berakhir penggambaran beberapa hari lalu di Kelantan.

Ia merupakan telemovie yang sarat tentang nilai-nilai kehidupan, ketuhanan, kejujuran, sifat kemuliaan, dengki dan pesanan tersirat kepada para penontonnya.

Nasyriq Nawawi (baju hitam) semasa mengarahkan telemovie Ah Meng baru-baru ini

Antara barisan pelakon berpengalaman ditampilkan adalah Tan Chuan Ling, Mohd. Syazwan Zulkifli, Nur Aishah Afiqah Azman Shah, Hushairi Husain dan Kamarozaman Yusoff.

“Telemovie ini secara ringkas mengisahkah seorang lelaki Cina bernama Ah Meng telah terhutang budi kepada penduduk kampung kerana menyelamatkan beliau daripada dibunuh oleh gerila komunis dan beliau disembunyikan di sebuah surau pada tahun 1968.

“Ah Meng dan Ibrahim merupakan seorang bekas tentera mahu membaiki dan memodenkan surau lama berkenaan untuk diimarahkan semula seperti 20 tahun lalu di waktu penduduk kampung tersebut diancam oleh pengganas komunis,” kata Nasyriq ketika ditemui hari ini.

Antara barisan pelakon dan kru NS Film Production Sdn Bhd selepas tamat penggambaran baru-baru ini

Namun niat baik mereka mendapat tentangan dari anak sulung arwah tokoh agama kampung itu yang mendakwa tanah tapak surau tersebut miliknya walaupun diwakafkan dan hendak dijualnya dengan ratusan ribu ringgit kepada sebuah syarikat perumahan untuk membuat projek perumahan moden.

Jelasnya, Ah Meng dan penduduk kampung sanggup membuat apa sahaja untuk mempertahankan surau itu sehingga terpaksa menjual emas dan membuat kutipan dana.

“Tempoh penggambaran telemovie ini mengambil masa selama tujuh hari dan lokasi-lokasi penggambaran banyak dilakukan di daerah Pasir Mas dan Kota Bharu.

“Kita berharap segala perancangan akan berjalan lancar dan dapat memberi impak dan kesan kepada penonton yang menontonnya” katanya di mana penulis skrip telemovie ini adalah Mejar Zainal Hayat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast