Petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membawa suspek, Pengurus Besar Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) keluar dari kamar mahkamah setelah mendapat tahanan reman selama enam oleh Majistret.

KUANTAN – Pengurus Besar Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama enam hari bermula hari ini.

Lelaki berusia 44 tahun ditahan bagi membantu siasatan penyalahgunaan kuasa bagi meluluskan skim pelaburan saham yang berjumlah RM720,000.

Perintah reman dikemukakan oleh Pegawai Reman SPRM, Muhammad Azrul Izwan Abdul Aziz di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar.

Artikel berkaitan: SPRM reman enam hari dua kakitangan KOSMA

RM11 juta modal optimumkan buah tandan segar

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, KPKPj Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut berkata,  kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Semalam dua kakitangan KOSMA iaitu Pengurus Kewangan dan Eksekutif Kanan Kewangan telah direman berkaitan salah guna kuasa dalam pembelian saham bernilai RM229,000. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast