khairat BKM
Bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) di Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, Cyberjaya. foto arkib Malaysia Gazette

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) memutuskan pembayar cukai boleh memilih untuk menggunakan sama ada Nombor Pengenalan Cukai (TIN) ataupun Nombor Bil sebagai rujukan bagi tujuan pembayaran cukai yang boleh mula diakses pada hari ini.

Pilihan itu diberikan selepas LHDNM cakna dan prihatin terhadap masalah pembayaran cukai yang dihadapi oleh para pembayar cukai berikutan pengenalan penggunaan Nombor Bil sebagai rujukan mandatori bagi pembayaran semua jenis cukai kecuali bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem bermula 1 Januari 2023.

Selaras dengan pengumuman ini, LHDNM bersetuju untuk membenarkan lanjutan masa sehingga 20 Januari 2023 bagi pembayaran semua jenis cukai kecuali bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) dan Duti Setem dan tiada sebarang kenaikan dikenakan ke atas kelewatan pembayaran cukai-cukai tersebut.

”Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh para pembayar cukai,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast