Seorang anggota bomba mendukung seorang kanak-kanak selepas kediamannya di Desa Aman Puri, Kepong terbakar. foto Bomba

KUALA LUMPUR – Empat termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kebakaran di apartmen di Desa Aman Puri, Kepong, di sini, pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 3 pagi

Mereka yang cedera merupakan dua wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Mangsa melecur di muka, tangan serta kaki telah dikejarkan Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

“Kebakaran melibatkan sofa di ruang tamu sebelum merebak ke bahagian lain hingga mengakibatkan 30 hingga 40 peratus rumah di apartmen 12 tingkat itu terjejas.

“Api berjaya dipadamkan semasa bomba tiba,” katanya di sini.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. – MalaysiaGazette