KUALA LUMPUR – Pasangan suami isteri yang disyaki menyebabkan kematian seorang pekerja restoran akibat letupan sebuah bungkusan akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini, esok.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya negeri untuk arahan lanjut.
“Pasukan polis akhirnya mendapat kelulusan dan arahan TPR untuk mendakwa pasangan suami isteri itu.
“Kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang pada jam 10 pagi untuk menghadapi pertuduhan membunuh,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette, hari ini.
Dalam kejadian jam8.55 malam 29 Disember tahun lalu, mangsa lelaki berusia 28 tahun itu cedera parah pada tangan dan badan selepas menyentuh bungkusan yang diletakkan di atas bonet keretanya meletup.
Orang awam yang melihat kejadian itu membawa mangsa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan segera namun lelaki disahkan meninggal dunia.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelayan kedai makan maut selepas buka bungkusan misteri
Cemburu disyaki punca pelayan restoran mati dalam letupan bungkusan
Suami Isteri Direman 7 Hari Kes Letupan Bungkusan
Bungkusan meletup: Suspek berpengetahuan buat bahan letupan
Suspek dikatakan belajar buat bom dari Youtube
Bom buatan: Pasangan suami isteri disambung reman 7 hari lagi
Tambah Mohamad Farouk, pasangan berusia 33 dan 30 tahun yang berasal daripada perkampungan Serdang, Kedah itu akan didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Jika disabitkan kesalahan kedua-dua mereka boleh dihukum gantung sampai mati. – MalaysiaGazette