Semalam, usul tambahan agar jawatan Presiden UMNO dan timbalannya tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang diluluskan selepas mendapat sokongan oleh hampir kesemua perwakilan yang terlibat.
Namun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya berkata, mana-mana ahli atau pemimpin UMNO boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi meneliti semula keputusan meluluskan usul tambahan agar dua jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan.
Ini kerana jelas Ismail, terdapat dua pandangan berbeza berhubung kelulusan berkenaan disebabkan ada segelintir mengatakan ia dibolehkan kerana diputuskan dalam PAU, sebagai badan tertinggi dalam parti.
Bagaimanapun katanya, terdapat satu lagi pandangan bahawa jawatan seperti Pengerusi Tetap, Presiden, Timbalan Presiden dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) perlu dipilih setiap tiga tahun. – MalaysiaGazette
Kenapa jawatan Presiden dan Timbalan jaa..jawatan Naib Presiden, Majlis Tertinggi, Ketua Bahagian pun patut tak dipertandingkan jika alasan yg diberikan ialah alasan perpaduan.