Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Dr Vivian Balakrishnan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Foto: PMO
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Negeri Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan.
Menurut Anwar, semasa kunjungan hormat tersebut, Perdana Menteri dan Dr. Vivian bertukar  pandangan mengenai pelbagai isu dua hala dan serantau yang menjadi kepentingan bersama.
“Saya turut menyatakan hasrat untuk memberi tumpuan kepada ekonomi dan bersama mencapai kemajuan dalam menyelesaikan isu-isu dua hala yang tertunggak secara komprehensif,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Kelmarin, Menteri Luar Singapura itu melakukan kunjungan ke atas rakan sejawatnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sempena lawatan kerja beliau ke Malaysia selama empat hari.

Menurut kenyataan Wisma Putra, lawatan rasmi beliau juga adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan lagi siri hubungan erat sedia ada antara Malaysia dan Singapura. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. DEB/NEP beri 30% ekonomi kepada minority Melayu supaya majority baka expats meraih 70% ekonomi sesuai di Singapura tetapi zalim di Malaysia politikus Pak Pandir ooii!

Comments are closed.