Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku, Indonesia pada 2.06 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran itu berlaku pada kedudukan 163 kilometer (km) selatan dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 67 km.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast