Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun maut dihempap dahan sebatang pokok salam yang tumbang di Kampung Balok Baru petang tadi.- Gambar media sosial.

KUANTAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun maut dihempap dahan sebatang pokok salam yang tumbang di Kampung Balok Baru petang tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Wan Mohd Zahari Wan Busu ketika dihubungi MalaysiaGazette malam ini.

Difahamkan, dua lagi adik mangsa terselamat dalam kejadian yang sama.

Pokok yang tumbang itu turut menghempap empat buah kenderaan dan kabel elektrik dan bekalan terpaksa dipotong oleh pihak Tenaga Nasional.

Tinjauan mendapati ahli keluarga mangsa (gambar bawah) masih menanti keputusan forensik di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini malam ini.

Sementara itu, menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, ayah mangsa menghantar anaknya ke HTAA bagi mendapatkan rawatan selepas kejadian.- MalaysiaGazette