Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kes jangkitan Covid-19 bertambah sebanyak 318 kes semalam, menjadikan angka terkumpul sebanyak 4,995,350.

Bagaimanapun, tiada kes kematian direkodkan.

Setakat Mac 2020, kes kematian akibat Covid-19 di negara ini sebanyak 36,923.

Data KKMNOW menunjukkan kes aktif sebanyak 10,377 dengan 9,960 kes menjalani kuarantin di rumah.

Sebanyak 398 kes dirujuk di hospital termasuk 19 ditempatkan di unit rawatan rapi dengan 15 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula sebanyak 331 semalam. – MalaysiaGazette