Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia ( PWRN ) komited dan akan terus berjuang untuk mendesak kerajaan untuk meluluskan tuntutan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2.0.

Sehingga kini dan setiap hari pihak NGO menerima pelbagai aduan dari pencarum dengan pelbagai masalah.

Antaranya, pencarum terpaksa keluar dari rumah sewa atau rumah sendiri kerana tidak mampu membayar sewa kepada pemilik rumah dan bayaran bulanan kepada bank.

Pencarum tidak teragak-agak menyatakan keadaan diri sudah tidak mampu menanggung tekanan yang dihadapi kerana menerima panggilan dari pihak Bank dan terutamanya dari ah long yang mendesak mereka untuk membayar pinjaman yang dibuat semasa hilang punca pendapatan ketika pandemik kerana terpaksa menanggung keluarga untuk kelangsungan hidup.

Malah, PWRN berkata, ada pencarum terpaksa bercerai-berai kerana emosi dah terganggu oleh kerana masalah kesempitan hidup yang dihadapi

”Cukup 3 senarai aduan ini sahaja dah dapat kita lihat apalah nasib anak-anak mereka pada masa ketika ini? Ini lagi kerajaan hendak pertimbangkan kerana fikirkan masa depan pencarum? Mana sifat prihatin kerajaan? Mana laungan kerajaan menjaga hal kebajikan Rakyat? Adakah Kerajaan sanggup melihat lebih ramai masa depan anak-anak muda kita terabai pada masa kini?

”Adakah kerajaan nak menunggu sehingga lebih ramai lagi pencarum akan melakukan hal-hal yang tidak diingini seperti bunuh diri, melacurkan diri, perceraian, mencuri dan lain-lain lagi. Tidakkah Kerajaan kesian melihat rakyat ada yang tersiksa di luar sana?

”Ramai dah NGO yang terpaksa turun padang untuk menolong mereka ini kerana mereka inilah NGO sekalian yang sanggup turun padang melihat sendiri,” dakwanya dalam satu kenyataan di sini.

Sehingga kini, PWRN berkata, kerajaan masih lagi memerlukan masa untuk mempertimbangkan dan mencari jalan solusi sedangkan pencarum yang terkesan sudah tidak dapat menunggu walau sehari pun tetapi masih bersabar dan yakin akan pemerintahan kerajaan perpaduan sekarang ini ialah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat.

”Dengan tiga aduan yang dinyatakan di atas, adakah kenyataan pakar ekonomi hendak menyarankan caruman KWSP dijadikan cagaran kepada bank membantu pencarum untuk menyelesaikan masalah?

”Ianya akan bertambah membebankan pencarum dengan tambahan hutang dengan bank sedangkan pencarum memiliki wang hasil titik peluh sendiri yang disimpan dalam akaun KWSP.

”Kenapa perlu membantu bank lagi sedangkan ada jalan lebih terbaik untuk membantu rakyat iaitu hanya meluluskan pengeluaran KWSP,” ujarnya sambil menuntut pihak kerajaan untuk meluluskan segera pengeluaran KWSP. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. pakar ekonomi tidak mencarum sbb kebanyakkannya skim pencen..sampai masa dpt golden hand shake Dan graduty buta² hampir 1M kalu jusa lbh lah

  2. wahai perdana menteri. dengarlah rintihan rakyat yang merana ini dengan lapang dada. ramai yg menunggu pengumuman khas pengeluaran kwsp kerana tiada sumber untuk bergantung. fikirlah tentang orang. kamu semua takpe elaun bulanan sentiasa ada.

Comments are closed.