Ahli UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir bercakap kepada media selepas menyerahkan surat aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkenaan pelanggaran perlembagaan UMNO semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 20 JANUARI 2023.

PUTRAJAYA – Usul tambahan mengenai dua jawatan tertinggi UMNO yang tidak dipertandingkan ketika zaman Datuk Seri Najib Razak tidak sama seperti yang berlaku semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 lalu.

Ahli UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir mendakwa, usul itu semasa zaman Najib dibawa kepada ahli UMNO dari cawangan ke bahagian sebelum dibentangkan ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU).

“Usul itu zaman Datuk Seri Najib dibawa di peringkat cawangan dan bahagian tetapi usul ini dirampas di peringkat Dewan Merdeka.

“Saya anggap ini adalah Langkah Dewan Merdeka,” katanya pada sidang media di luar pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) di sini hari ini.

Terdahulu beliau dan ahli UMNO yang lain, Muhammad Fiqri Firdaus menghantar notis bantahan keputusan PAU2022 kepada RoS.

Notis itu memohon campur tangan RoS bagi membatalkan usul tambahan mengenai dua jawatan tertinggi UMNO itu tidak dipertandingkan yang diluluskan dalam PAU2022 lalu.

Pada Sabtu lalu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ahli parti itu mempunyai hak untuk memfailkan notis bantahan keputusan PAU2022 kerana mereka mempunyai kepentingan.

Ismail Sabri melihat usul itu tidak dimaklumkan kepada perwakilan UMNO dalam tempoh 14 hari dan tujuh hari jika daripada Majlis Kerja Tertinggi.

Dalam pada itu, Aizat Fikri menyeru lebih ramai ahli UMNO tampil untuk membuat laporan dan bantahan sama untuk melihat demokrasi kembali segar di dalam parti itu.

“Kita menyeru kalau ada (laporan ahli UMNO yang lain) sebab ini demi parti kita. Kami sayangkan parti, kita nak tengok parti terus bernafas, nafas itu kenalah nafas segar, demokrasi kena ada.

“Pemimpin baharu kena ada, kita pun tahu parti kita dalam keadaan apa sekarang,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Pemilihan UMNO perlu semua peringkat termasuk kepimpinan atas(MKT) supaya UMNO tidak dinilai atau dihina terutama selepas kekalahan teruk dalam pru15.
    Jika PRN di 6 negeri UMNO gagal mendapat kerusi yang banyak adakah Zahid Hamidi /Mohamed Hassan sanggup bertanjungjawab atau semua Ahli Majlis Tertinggi letak jawatan?
    Adakah kalau kalah dalam pemilihan menjadi kewajipan meletak jawatan sebahai Menteri di dalam Kerajaan Perpaduan sekarang…Terangkan akta atau undang-undang berkait hal tersebut .
    Jangan kerana kemahuan diri sendiri menjadi punca keruntuhan parti.Fakta sebenarnya penolakan dalam PRU15 kpd Umno adalah disebabkan Zahid Hamidi sendiri.
    Sebahagian daripada 4 juta ahli tidak mengundi kpd BN kerana masalah kepimpinan dalam UMNO.
    perlu ingat Undi18 memain peranan yang besar sekarang.

Comments are closed.