Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang wanita yang bolos daripada serbuan polis malam tadi nekad terjun ke dalam Sungai Kuantan, berdekatan Pulau Biawak Batu tiga, semalam dikhuatiri lemas.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai kehilangan wanita terbabit pada jam 2.53 petang menghantar 10 pegawai dan anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kuantan ke lokasi.

“Pihak bomba membuat tindakan awal dengan mencari mangsa di tepi sungai kawasan tersebut. Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Kuantan juga diarahkan untuk bersiap sedia bagi misi mencari dan menyelamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast