Azmi Mohd Tahir

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menekankan tuntutan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah secara bersasar bukan dibuka kepada 12 juta pencarum untuk memohon.

Presidennya, Azmi Mohd Tahir berkata, tuntutan itu hanya untuk pencarum yang benar-benar terdesak dan mereka wajar dibenarkan pengeluaran.

”PGIRM ambil maklum dengan kenyataan Ketua Pegawai Strategi KWSP tentang jumlah baki yang tinggal, tetapi kami menggesa pihak KWSP jangan hanya memberi angka tanpa bukti.

”PGIRM memohon pihak KWSP melampirkan data lengkap, berapa ramai pencarum yang mempunyai simpanan di bawah RM10,000 beserta usia mereka.

”Tambahan lagi, adakah pencarum akan menuntut pengeluaran KWSP ini jika mereka tidak mempunyai baki yang mencukupi di dalam akaun mereka?,” soalnya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein yang berkata, seramai 5.1 juta atau 76 peratus pencarum bumiputera Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur bawah 55 tahun dikenal pasti mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 pada hujung tahun 2022.

Katanya, tahap simpanan penengah (median) untuk bumiputera telah jatuh daripada RM6,600 pada hujung tahun 2021 kepada RM4,700 pada hujung tahun 2022 di mana nilai itu jauh lebih sedikit berbanding sasaran RM240,000 untuk simpanan asas.

Dakwa beliau, PGIRM telah membuat kaji selidik terhadap pencarum yang terdesak mahukan pengeluaran secara bersasar dan terbukti majoriti iaitu lebih dari 75% pencarum mempunyai wang yang mencukupi dalam Akaun 1 mereka untuk pengeluaran demi melangsaikan hutang-hutang tertunggak, kelangsungan hidup dan membina kehidupan semula.

Sehubungan itu, PGIRM memohon KWSP untuk tidak membuat kenyataan tanpa bukti.

Azmi berkata, PGIRM telah membuat pembentangan dengan pihak atasan beserta data dan bukti, tetapi mengapa pihak KWSP tidak menunjukkan bukti yang sahih?

PGIRM mewakili pencarum menuntut KWSP melampirkan bukti sahih menyokong kenyataan tersebut, bukan semata-mata bertujuan untuk menidakkan tuntutan pengeluaran KWSP secara bersasar ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

9 Komen

  1. setuju dengan apa yang dinyatakan Presiden PGIRM..Saya salah seorang dari pemohon di bawah kelolaan PGIRM memang amat terkesan & terdesak untuk pengeluaran bersasar KWSP…umur pun akan mencapai 55 tahun pada tahun hadapan untuk membuat pengeluaran keseluruhan tabungan KWSP tetapi untuk situasi semasa… kelansungan hidup amat memeritkan harga barangan keperluan harian sentiasa meningkat berterusan, hutang yang banyak & tertunggak,
    jangan lah alasan sama seperti sebelum ini.. “majoriti pencarum mempunyai simpanan kurang RM10000”..Itu alasan kurang bijak… tolonglah berfikir & bertindak secara lebih professional sesuai dengan jawatan dipegang…PGIRM mohon terus berbincang dengan DSAI selaku PM & Menteri Kewangan walau DSAi pun berkata pengeluaran bersasar bukan jalan terbaik…bagi kami itulah harapan…janganlah niat menjaga kepentingan rakyat hanya retorik politik sahaja

  2. mass minta undi,semua boleh,lag rakyat merempat,kami bukan minta Wang kerajaan,tapi Wang titik peluh kami faham take bingai.

  3. Pihak kwsp ni faham bahasa atau tidak?? Pgirm request pengeluaran kwsp kepada yang masih mempunyai Baki akaun yang mencukupi bukan pgirm request Untuk semua pencarum. Alasan kwsp utk semua pencarum memang data nampak rakyat tidak cukup Untuk masa depan. Cuba kwsp fokus kepada pencarum yang masih mempunyai baki akaun yang banyak iaitu golongan m40. Faham tidak kwsp???
    Cuba kwsp bagi keluar data bagi golongan m40 dan keatas layak ke tidak memohon sepertimana request pgirm.
    Sekiranya kwsp keras kepala baik tutup akaun berhenti mencarum bukan pihak kwsp saya tempat Untuk invest bagi masa tua banyak tempat lagi.

  4. sibukkan masa tua..masa blm tua/sekarangpn sesak byk tertunggak..
    ke kalian x de duit nk bg kami keluarkan caruman sebahagian???
    betul kan??
    aku x halalkan kalian niagakan duit aku..jika x dpt pengeluaran kali ni …dapat??

  5. pihak kerajaan sepatutnya lebih peka dgn keadaan rakyat sekarang dah di sebut bersasar maknanya hanya yg boleh melepasi sahaja la klu ada simpanan 150k nak keluarkan 30k pon susah ka…dah termaktub dalam akta KWSP kan saja nak melengah2kan….Lps tu rakyat menanggung hutang berkepok2….x faham la kerajaan skrg ni….bagilah pengeluaran tu….tu hak pencarum

  6. Kami minta segera meluluskan pengeluaran KWSP…apa yg perdana menteri ckp ada btlnya jg tpi beliau kena ingat tak semua pencarum KWSP mendapat bantuan dari kerajaan..kami berharap sgt dpt diluluskan dgn segera soal masa depan pencarum itu risiko yang kami siap sedia menerima kita kena yakin Qadaq Qadar yg berhormat. Terima kasih

  7. Perkataan Inovasi tu blh padam tak drp persatuan ni. Inovasi apa kalau setakat nak korek tabung masa depan? Jika perlukan data2 drp KWSP pergilah mohon secara rasmi bukannya melulu melalui media. Tiada agensi yg akan dedahkan data detakl mrk secara umum.

  8. saya sekarang ni langsung takde duit belanja.rumah dah lama tertunggak,anak bersekolah,api air dah melambung naik,makan minum kejap ade kejap takde,duit simpanan kat kwsp tp tak boleh ambik.suami dah la tak ade…sedih pulak aku….

Comments are closed.