ANKARA – Turkiye telah mengecam pembakaran naskhah al-Quran semasa protes di Sweden dan menyifatkan ia sebagai “perbuatan keji”.
Ia berkata, keputusan kerajaan Sweden untuk membenarkan protes diteruskan adalah “tidak boleh diterima sama sekali”.
Komen itu dibuat di tengah-tengah ketegangan diplomatik yang semakin meningkat antara kedua-dua negara.
Turkiye meminta Sweden untuk menghentikan protes, sebelum ini membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonson, sambil menyifatkan perjalanan itu “tidak signifikan dan tidak makna”.
Lawatan itu sebenarnya diharap dapat menghapuskan bantahan Ankara terhadap negara Scandinavia itu untuk menyertai pakatan tentera NATO.
Setakat ini Turkiye telah menahan kedua-dua permohonan Sweden dan Finland.
Turkiye mahukan konsesi politik, termasuk pengusiran pengkritik Presidennya, Recep Tayyip Erdogan, dan Kurd yang didakwanya sebagai pengganas.
Negara ini sudah pun menjadi ahli NATO, bermakna ia boleh menyekat negara lain daripada menyertainya.
Sweden dan Finland kedua-duanya memohon untuk menyertai NATO selepas Rusia menyerang Ukraine. – MalaysiaGazette