Isu pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 kembali disuarakan rakyat bakal menjadi kayu pengukur kepada kecekapan Kerajaan Perpaduan dalam menangani kos sara hidup rakyat ketika ini.

Tinjauan MalaysiaGazette hari ini mendapati, idea pengeluaran khas akaun KWSP itu mempunyai kebaikan dan keburukan meskipun negara kini dicengkam dengan pelbagai cabaran ekonomi khususnya inflasi.