PUTRAJAYA – Isu ekonomi yang paling penting kepada rakyat adalah dua perkara sahaja iaitu harga barang dan gaji.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, isu itu memberi kesan kepada rakyat walaupun banyak usaha telah dilakukan kementerian dilihat popular dan sering dipermainkan.
“Kementerian perlu berkomunikasi dengan rakyat dari satu bulan ke satu bulan supaya rakyat tahu kita sedang mencuba yang terbaik dengan segala apa yang ada,” katanya pada sidang media di kementeriannya hari ini.
Turut hadir, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Mengulas lanjut, Rafizi bagaimanapun yakin rakyat boleh menilai usaha yang dilakukan kerajaan dalam mengatasi isu kos sara hidup dan inflasi.
Beliau juga tidak kisah sekiranya pembangkang mahu memainkan isu tersebut di Parlimen.
“Saya yakin rakyat kita cerdik. Mereka tahu angka dan boleh membandingkan apa yang berlaku setahun dua yang lepas.
“Ada orang bertanya kenapa Kementerian Ekonomi bercerita mengenai harga barang kerana selalunya kementerian ini sibuk dengan cerita projek besar, unjuran 10 tahun dan sebagainya,” katanya. – MalaysiaGazette
Rakyat memang cerdik. Malangnya dapat menteri tak cerdik. Elok tukar kerana tak mampu selesai masalah. Berkokok aje yang lebih.
Cerdik sikit laa..dari Menteri2 Ekonomi zaman PN…semua bangang
sebab dia ada banyak formula membangkit kembali ekonomi..
Padahnya Dasar Ekonomi Apartheid DEB/NEP mendiskriminasi majority pribumi dapat 30% ekonomi supaya minority bukan pribumi meraih 70% ekonomi sekian lama sehingga menang sorak kampung tergadai politikus Pak Pandir ooii!