Datuk Seri Amirudin Shari (kiri) dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mempengerusikan bersama Mesyuarat Dua Hala Kerajaan Negeri Pahang dan Kerajaan Negeri Selangor di Wisma Sri Pahang, Kuantan.

KUANTAN – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) menubuhkan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang yang akan dijadikan platform perbincangan dan rundingan dasar ke arah menyelesaikan isu rakyat bagi menjamin kestabilan kerajaan negeri itu.

Menurut satu kenyataan, selain itu, kedua-dua parti ini juga turut bersetuju untuk mengadakan pertemuan secara berkala bagi membincangkan gerak kerja secara bersama agar ia selari dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

“Semangat musyawarah ini diharapkan dapat mengetepikan perbezaan politik dan memfokuskan segala usaha demi kebaikan rakyat Negeri Pahang Darul Makmur,” katanya.

Majlis perundingan itu dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. – MalaysiaGazette