Maulizan Bujang

KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Maulizan Bujang mendakwa  tidak pernah dipanggil oleh Lembaga Lembaga Disiplin parti atau diberi peluang membela diri susulan penggantungan enam tahun yang diputuskan terhadapnya semalam.

Kata beliau dalam satu hantaran Facebook, dirinya bagaimanapun reda dengan apa jua yang berlaku kepadanya.

“Saya amat menyayangi parti yang banyak berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Mungkin silap saya kerana kadangkala tidak sehaluan dengan presiden.

“Tak mengapalah, mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Saya doakan satu hari nanti UMNO dapat pulih semula dengan pemimpin dan kepemimpinan yang diterima bukan sahaja oleh ahli parti tetapi pengundi dan rakyat,” katanya.

Maulizan berharap UMNO dapat mengembalikan semula roh perjuangan yang berlandaskan asas penubuhan parti iaitu untuk menjaga agama, membela bangsa seperti termaktub dalam perlembagaan dan memajukan negara.

“Saya mohon maaf kepada semua yang mengenali saya, baik dalam parti atau pun di luar sekiranya sepanjang khidmat saya sebagai pemimpin kerdil ini, ada kesalahan dan kesilapan tak disengajakan mahupun kekurangan pada diri saya,” katanya lagi.

Untuk makluman, Maulizan sudah menjadi ahli UMNO lebih 42 tahun.

Malam tadi, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dipecat UMNO berikutan pelanggaran disiplin pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu.

Selain itu, beberapa pemimpin turut digantung selama enam tahun termasuk Ahli parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Datuk Salim Mohd Sharif dan juga Maulizan. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. LEMBAGA DISPLIN UMNOGOK….MENIKUS UNTUK PECAT PRESIDEN ZAHID TOK MAT AHMAD MASLAN DAN SEKUTU2NYA YANG JADI MUNAFIK DALAM PAU 2021….NO ANWAR NO DAPIGS

    ALLAH YANG MENGETAHUI DAN SEBAIK2 PERANCANG…..UMNO BUNGKUS PRU 15 dan menunjukkan sikap kepuraan2 mereka SEBENAR pada parti ahli dan rakyat GERAK GERI MUNAFIKUN….itulah HIKMAH sebenarnya

  2. Diharapkan puak2 yg di pecat UMNO ini di terima oleh PN. Dan juga di harapkan bertanding Jawatan Presiden Parti PPBM Atau PAS pula. Ini kan demokrasi yg selalu di war2 kan oleh Puak PN.

Comments are closed.