Gambar hiasan

ISLAMABAD – Sekurang-kurangnya 39 orang maut apabila sebuah bas terjunam dari jambatan ke dalam gaung lalu terbakar.

Kejadian itu berlaku berhampiran hentian Chinki di kawasan Bela di daerah Lasbela pagi tadi.

“Mayat-mayat dikeluarkan dari bas yang remuk masih tidak dapat dikenali,” kata seorang pegawai kerajaan.

Pengecaman identiti mangsa akan dibuat menerusi DNA.

Media tempatan melaporkan tiga mangsa terselamat dalam tragedi itu tetapi cedera.

Semasa kejadian, bas itu membawa 48 penumpang dalam perjalanan ke Karachi dari Quetta

Bas tersebut didakwa telah melanggar tiang jambatan dan kemudian terbabas di luar laluan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast