TEHRAN – Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan lebih 300 cedera apabila gempa bumi berukuran 5.9 magnitud melanda Iran pada malam Sabtu.

Agensi berita Iran, IRNA melaporkan gempa bumi melanda bandar Khoy yang terletak di barat laut Iran, sekitar 9:44 malam waktu tempatan.

“Gegaran itu sangat kuat sehingga dirasai di banyak wilayah di Azerbaijan Barat, menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk.

“Ia turut dirasai di beberapa bandar, termasuk ibu kota wilayah Tabriz di wilayah jiran Azerbaijan Timur,” lapor IRNA. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast