Datuk Seri Zambry Abd Kadir teruja apabila terserempak artis lagenda India, AR Rahman di KLIA, hari ini. Foto: Facebook Zambry Abd kadir

SINGPURA- “Saya suka lagu dia kerana lebih kepada ketuhanan,” kata Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Aziz mengenai artis lagenda India, AR Rahman.

Semasa sidang media bersama wartawan Malaysia di Singapura, Zambry berkata, antara lagu kegemaran beliau adalah Mustafa, Zikir dan Jai Ho yang merupakan lagu latar bagi filem Hindustan, Slumdog Millionaire.

Terdahulu, Zambry berkongsi kegembiraan ketika terserempak penyanyi dan komposer India itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Saya terserempak dengan komposer dan pemuzik lagenda, AR Rahman di KLIA sebentar tadi.

“Memang hari yang bertuah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Pemenang Anugerah Oscar itu datang ke Malaysia untuk meraikan perjalanan karier seni selama 30 bersama kira-kira 60,000 peminatnya di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Konsert artis berusia 56 tahun itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.- MalaysiaGazette