Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkuatkuasa hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dilantik sebagai Penasihat Khas Perhubungan Antarabangsa dan Pelaburan Asing kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

MalaysiaGazette dimaklumkan, bekas Ahli Parlimen Kimanis itu telah menerima watikah pelantikan daripada di pejabat Hajiji di Menara Kinabalu petang tadi.

Kata Hajiji, pelantikan Anifah sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam perhubungan antarabangsa dapat membantu kerajaan negeri menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara luar dan pelabur asing.

“Ini juga selaras dengan dasar mesra pelabur,” ujarnya selepas majlis ringkas di pejabatnya di Kota Kinabalu, Sabah hari ini. – MalaysiaGazette