M. Kulasegaran

KUALA LUMPUR – Pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlukan dalam membantu menghapuskan hutang negara yang diwarisi daripada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran berkata, Kerajaan PN telah meninggalkan hutang yang besar iaitu RM1.5 trilion.

Bekas Menteri Sumber Manusia menegaskan, bantuan semua pihak amat diperlukan dalam membantu menghapuskan hutang yang disifatkan sebagai bencana kepada negara.

Kulasegaran berkata, semua pihak perlu memberikan sokongan sepenuhnya terhadap sebarang langkah yang diambil oleh Kerajaan.

“Kerajaan Perikatan telah meninggalkan kita dengan hutang negara sebanyak RM1.5 trilion.

“Itu sangat besar dan kami memerlukan semua bantuan yang kami dapat.

“Nurul Izzah melakukan ini tanpa sebarang gaji, marilah kita menyokong kerajaan dalam menghapuskan bencana yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu,” kata Naib Pengerusi Kebangsaan DAP.

Beliau berkata demikian dalam ciapan di Twitter hari ini.

Nurul Izzah menjadi perhatian selepas memberitahu media bahawa Anwar melantik beliau sebagai Penasihat Kanan Ekonomi sejak 3 Januari lalu.

Bagaimanapun beberapa pihak termasuk daripada Pakatan Harapan tidak bersetuju dengan pelantikan tersebut kerana menyifatkan ia sebagai satu bentuk amalan nepotisme yang tidak sihat.

“Seorang sahabat yang merupakan penyokong PH bertanya kepada saya, apakah pandangan saya apabila Perdana Menteri Anwar Ibrahim melantik anaknya Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri?

“Maka, jawapan saya ringkas sahaja dalam Bahasa asing iaitu legally right but morally wrong (Betul dari segi undang-undang tetapi salah daripada segi moral.)” kata Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim.

Pusat Pendidikan Pasaran (CME) pula berpandangan Nurul Izzah tidak layak untuk dilantik sebagai penasihat ekonomi.

CME menerusi kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Carmelo Ferlito berkata, walaupun Nurul Izzah adalah penasihat perdana menteri secara pro bono (percuma), bagaimanapun melantik penasihat yang tidak berkelayakan juga merupakan satu dasar yang tidak baik untuk dilaksanakan.

“Dasar buruk, walaupun dipandu oleh niat baik, boleh merosakkan negara. Kita telah melihat ini dengan siling harga atau sekatan pekerja asing,” kata CME lagi.-MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Mungkinkah rakyat silap kerana mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM 10 sehingga beliau terpaksa melantik anak dan isteri untuk membatu menasihati beliau. Kalau lah YB Rafizi yang jadi PM sekarang pasti lantikan ini tidak perlu sebab beliau banyak formula dan tao perlukan penasihat. Rasanya nya kita kena segera tular PM dan gantikan dengan YB RAFIZI. HIDUP RAFIZI. REFORMASI….REFOEMASI….REFORMASI

  2. TIADA MAJORITI PRU15 itulah HAKIKATNYA….KERAJAAN MUNAFIK ANWAR SEKUTUNYA RAFIZI hanya dipilih YDPA bukannya RAKYAT

    sebab tu P AKATAN H arubiru berbelit2 cakap….waktu jadi pembangkang semua yang dibuat salah .BILA JADI MENTERI PAK PANDIR..semuanya terkena batang hidung sendiri menyalak tidak keruan orang2 tua pernah bercakap jika jumpa ular dan orang KELING bunuh Keling dulu

  3. Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang melantik lelaki dari kaumya sedangkan ada yang lebih diredhai Allah (yang lebih layak dari lelaki tadi), maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin.

Comments are closed.