sprm
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang individu yang merupakan pengarah sebuah syarikat diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat dalam pemberian rasuah dalam bentuk wang dan tiket penerbangan ke luar negara bernilai lebih RM40,000 semalam.

Menurut sumber, lelaki tempatan berusia lingkungan lewat 40-an itu telah ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika tampilĀ  memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Lelaki itu dipercayai memberi rasuah kepada beberapa pegawai sebuah agensi keselamatan berkaitan teknologi sebagai balasan membantu mendapatkan kontrak kerja kepada syarikat miliknya.

Kata sumber lagi, beberapa pegawai agensi itu juga disyaki bersubahat dengan pengarah syarikat berkenaan dalam mengagihkan kontrak kepada beberapa syarikat antara tahun 2015 dan 2020.

Dalam pada itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi hari ini telah mengesahkan tentang penahanan pengarah syarikat itu.

Menurut beliau, individu itu kini sedang disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.- MalaysiaGazette