Poster Armand Azha untuk calon Ketua Pemuda UMNO.

 

KUALA LUMPUR – Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang mencalonkan diri untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkata, beliau tidak berminat dengan serangan peribadi atau menjatuhkan mana-mana pihak sepanjang berkempen.

Menurut beliau, politik pada hari ini harus lebih dinamik dan progresif ke arah politik matang.

“Tiada orang yang sempurna dalam hidup, cuma kita perbaiki apa jua kelemahan yang ada,” tulisnya dalam hantaran di Facebook.

Beliau membuat kenyataan itu selepas dimaklumkan tentang serangan terhadapnya selepas menawarkan diri sebagai calon Ketua Pemuda UMNO.

Armand menjelaskan beliau lebih berminat untuk menceritakan hala tuju dan dasar yang akan dilaksanakan.

”Saya memgambil pendekatan untuk berikan apa yang akan saya laksanakan jika akar umbi berikan amanah dan tanggungjawab.

”Apa pun saya terbuka untuk terima pandangan, cadangan , kritikan dan apa sahaja untuk masa hadapan Pemuda UMNO Malaysia,” ujarnya. – MalaysiaGazette