KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sedang mengesan pemilik motosikal yang menunggang kenderaan itu tanpa memakai topi keledar.

Katanya, pemakaian topi keledar semasa menunggang bukan untuk menyusahkan diri namun ia adalah untuk keselamatan diri penunggang itu sendiri.

“JSPT sedang mengesan alamat pemilik motosikal dan meminta penunggang motosikal tersebut supaya hadir ke Balai Trafik bagi membantu siasatan,” katanya menerusi Instagram.

Penunggang motosikal tersebut kelihatan memulakan perjalanan dengan melawan arus dan rakaman video memaparkan beliau yang tidak bertopi keledar memotong sebuah kereta.

Katanya, penunggang motosikal yang menunggang dengan tidak memakai topi keledar melakukan kesalahan di bawah kaedah 4, Kaedah-Kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Balai Polis Trafik yang berdekatan. – MalaysiaGazette

N