Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim ketika hadir pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 28 NOVEMBER 2019
Hassan Abdul Karim

KUALA LUMPUR – Ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Datuk Seri Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri kebanyakan rakyat menutup ‘sebelah mata’ atau memaafkan tindakan itu.

Ini kerana menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim, rakyat percaya kepada integriti Anwar dan memberi tafsiran mereka sendiri bahawa Anwar dalam keadaan tiada pilihan apabila melantik Presiden UMNO tersebut.

Bagaimanapun apabila Anwar melantik anak sendiri iaitu Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi, banyak pihak yang mengangkat ‘bendera merah’ yang bermaksud bahaya.

Katanya, Anwar sebagai peribadi tiada masalah kerana beliau mempunyai sikap amanah dan intergriti dalam soal kewangan dan ekonomi yang boleh dipuji.

“Pernah menjadi Menteri Kewangan yang terbaik. Dia tidak pernah terkait dengan isu rasuah, pecah amanah jenayah ataupun pengubahan wang haram.

“Tetapi yang kita bicarakan di sini bukan soal peribadi tetapi ialah soal sistem tatakelola pentadbiran atau sering disebut “good governance”.

“Malaysia menuntut sistem pentadbiran yang telus dan berintegriti,” jelas beliau.

Tambah Hassan, ketelusan dan integriti merupakan intipati perjuangan reformasi pentadbiran yang diperjuangkan oleh Anwar berserta ratusan ribu penyokongnya di seluruh negara selama ini.

Justeru menurut beliau, sudah sampai masanya meluruskan perjuangan reformasi yang berliku-liku dan kadang-kadang berlengkang-lengkok selama hampir suku abad yang dipimpin Anwar.

“Adalah diharapkan tulisan ini dapat dibaca oleh Anwar Ibrahim sendiri dan sekian penyokongnya yang begitu ramai berdoa agar Anwar Ibrahim dapat menyelamatkan rakyat dan negara tercinta ini.

“Gading mana yang tak retak. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Begitu juga, pemimpin mana yang tidak berbuat silap, sama ada kecil ataupun besar.

“Justeru itu, penulis berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim timbanglah semula, fikirlah semula. Kalau ada yang perlu diperbetulkan, betulkanlah sebelum terlambat atau melarat-larat yang besar padah dan mudaratnya. Kita tidak mahu itu berlaku,” katanya.

Hassan berkata, beliau tidak mempunyai niat untuk mencemar nama baik Anwar sebagai pemimpin.

Tulisan berterus terang yang dikongsi di media sosial tersebut lahir dari hasrat ingin melihat Anwar selamat dalam memimpin kerajaannya.

“Ia datang bukan dari seorang pembangkang atau pengkritik. Tulisan ini datang dari seorang sahabat dan rakan seperjuangan selama ini,” tambah Hassan.-MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. hasrat baik anwar telah difitnah oleh musuh politiknya. . mengantuk disurung bantal mereka ambil kesempatan untok menghasut rakyat . berapa kali anwar cakap untok kebaikan tapi mereka tetap heboh .

    tak boleh ke tengok dulu hasrat anwar itu tengan tenang dan berhati2 sedangkang kita ada undang2 untok itu . tak boleh ke dendam itu dibendong dahulu kalau iya pun dicurigai?.

    tidak kah lebih besar nya nanti kalau berlaku penyelewingan untok kamu pukul mati?. atau kamu sengaja menghalang tugas kerajaan yang boleh kamu didakwa dimahkamah .

  2. Rakyat sudah mula berfikir. Kita patut rancang untuk tukar kepimpinan. Orang lulusan sastera pandai cakap aje dan banyak helah. Elok kita angkat rafizi jadi PM. Elok kita rancang senyap senyap lantik rafizi.

  3. Hati mana yang tidak pedih di kala Lada di ketuk terkena mata… Tuan rakyat menilai anda bukan soal cemburu bukan soal dendam bukan soal politik anda..? pokok nya janji anda kepada rakyat

  4. Berlapang dada “move on” berfikir matang.. kita mesti lihat dari sudut positif atas pelantikan Nurul Izzah oleh PM10 (Bapanya)…
    Ada sebab tujuan, mungkin untuk membongkar segala ketirisan, salahlaku tatakelola kerajaan sebelum ini yang masih disimpan, disembunyikan oleh puak², penyokong tegar PM8/9 yang masih berada dalam pentabiran kerajaan (Pegawai/Penjawat Awam) yang melibatkan salahguna tadbir urus kewangan jutaan/bilion ringgit..
    Pasti ada puak² (Pegawai Awam kerajaan berkenaan) tidak berikan kerjasama yang telus sepenuhnya & masih berstatus “Tali Barut” kepada orang² politik tertentu..

Comments are closed.