KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin Pas dinasihatkan supaya jangan menggunakan nama Allah untuk merasuah pengundi atau mengeluarkan ‘dalil’ untuk menghalalkan yang haram dan rasuah.
Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, mereka juga tidak sepatutnya menuding jari kepada orang lain untuk mengalihkan perhatian daripada kesalahan diri sendiri.
“Bertaubatlah dan kembalilah ke pangkal jalan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari semalam yang meminta pihak berkuasa menyiasat Isham kerana melancarkan kempen kutipan dana pilihan raya dengan menggunakan akaun peribadi.
Berhubung dakwaan tersebut, Isham mengakui memang pernah membuat kutipan dana menggunakan akaunnya sendiri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Beliau menambah, perkara itu bukan rahsia dan akaun tersebut diuruskan oleh jawatankuasa kewangan yang dianggotai oleh lima individu dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia dan Bank Rakyat.
“Akaun ini dibuka khusus untuk dana politik dan bukan untuk kegunaan lain.
“Butir-butir kutipan sumbangan ini dan semua rekod perbelanjaannya telah pun saya serahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam laporan penyata kewangan bulan lalu,” jelasnya.
Isham berkata, beliau pernah menyatakan sebelum ini bahawa pembukaan akaun dan kutipan dana itu adalah contoh untuk cadangan Akta Pendanaan Politik yang diperjuangkannya selama ini.
Menurut beliau, akta itu penting supaya politik di negara ini lebih telus dan bersih dan anak-anak muda yang mempunyai niat yang baik serta aspirasi untuk berkhidmat dalam politik boleh meraih dana dan berjuang walaupun mereka tidak kaya raya dan tidak korup.
“Jika tidak, politik di Malaysia mungkin akan hanya dikuasai oleh orang-orang kaya atau orang-orang korup atau kedua-duanya sekali. Ini tidak baik,” katanya.
Isham memberitahu, semua akaunnya dalam keadaan teratur dan beliau turut mempersilakan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.
Namun, katanya, yang sebenarnya menjadi masalah adalah apabila seseorang pemimpin politik atau sesuatu parti politik menggunakan dana daripada sumber-sumber haram dan rasuah berbilion ringgit untuk berkempen dan merasuah pengundi.
“Dan apabila ditanya berkenaan rasuah pengundi yang disuruh bersumpah untuk mengundi Pas dengan bayaran wang ringgit itu mereka keluarkan ‘dalil’ bahawa bayaran itu kononnya sedekah,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta Pas menjelaskan tentang sumber dana yang diperolehi untuk kempen PRU-15.
“Ahmad Fadhli dan bekas menteri-menteri Pas memang perlu bersedia untuk akaun kamu disiasat,” jelasnya. – MalaysiaGazette
ZAHID HAMIDI MUNAFIK….BERSUMPAH DI PAU DENGAN KALIMAH ALLAH WALLAHI WABILAHI ….Saya pastikan NO ANWAR NO DAPIGS….ahli UMngok terus di MAKAN SUMPAH
APA SUDAH JADI DENGAN JANJI2 MUNAFIK DAN FITNAH ANWAR……..
PM TIDAK BOLEH JADI MENTERI KEWANGAN
TIDAK AKAN BERSAMA UMNO SERTA ZAHID HOI YA HOI PENYAMUN DAN PERASUAH
BERTEGAS TIADA LANTIKAN ANAK BERANAK SERTA KELUARGA DALAM KABINET
TUDUH PAS TERIMA DANA TOKEH JUDI….RM90JUTA DARI UMNO
2 BULAN PM HARGA MINYAK XTURUN….TOL TIDAK HAPUS PTPTN TIDAK HAPUS
ishhh . pas memang bersih . sembahyang 5 waktu tak kan nak buat tak elok kot . sedekah tu sedekah juga . rasuah tak buat lah . nak fitnah pun tengok lah orang dulu .