Leong Yu Man hadir pada majlis ramah mesra bersama penggiat industri pelancongan negeri Pahang di Kuantan, Pahang.

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang mensasarkan serkurang-kurang 13 juta pelancong akan mengunjungi destinasi pelancongan menarik di negeri ini pada 2023.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan  Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, jumlah itu realistik berdasarkan peningkatan jumlah pelancong yang direkodkan bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu sebanyak 10.18 juta orang yang berbelanja RM9.14 bilion.

“Seramai 2.5 juta pelancong direkodkan bagi kategori pantai dan pulau, 706,000 pelancong bagi kategori kembara dan alam sekitar serta seramai 6.9 juta pelancong direkodkan di tanah tinggi.

“Taman Eko Rimba Mossy Forest di Cameron Highlands dan Lipis Geopark merupakan tarikan baharu pelancong ke Pahang.

“Sebanyak 30 program pelancongan telah dirancang dan akan dilaksanakan sepanjang tahun ini termasuk Tasik Bera International Canoe Festival,” katanya ketika ditemui pada sidang media sempena majlis ramah mesra bersama penggiat industri pelancongan negeri Pahang, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, tema ‘This is Pahang’ dan ‘This is Pahang-Unlimited’ yang diperkenalkan pada 2021 dan 2022 akan diteruskan bagi menarik pelancong ke sini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

This Is Pahang 2022-Unlimited usaha dinamik sektor pelancongan

‘This Is Pahang’ tema baharu pelancongan Tok Gajah