Mason Greenwood. Foto The Guardian.

LONDON – Mahkamah telah memutuskan kesemua pertuduhan ke atas Mason Greenwood berkaitan serangan seksual dan keganasan domestik telah digugurkan selepas kes perundangan penyerang muda Manchester United itu telah ditolak oleh Pejabat Pendakwa Raya Britain.

Greenwood dijadualkan menjalani perbicaraan pada bulan ini bagaimanapun laporan oleh Manchester Evening News mendakwa kesnya telah digugurkan dan ditamatkan.

Ini bermakna siasatan kes Greenwood telah ditamatkan oleh Polis Manchester.

Dalam kenyataan rasmi mereka, polis menyatakan bahawa kes ini tidak diteruskan oleh peguam  setakat 2 Februari 2023 dan Greenwood dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.

Pada Januari tahun lalu, aduan dibuat kepada Polis Manchester berkaitan dengan Greenwood yang didakwa melakukan  keganasan dan cubaan merogol teman wanitanya.

Ianya berikutan video yang dimuat naik di laman Instagram wanita tersebut yang kemudian dipadamkan serta merta.

Polis Manchester telah menahan Greenwood selama beberapa hari tetapi kemudian dia dibebaskan secara parol sementara menunggu kesnya dibicarakan.

Keputusan itu membolehkan Greenwood kembali menyertai United di mana dia masih terikat kontrak dengan United sehingga 2025.

Namun begitu United dalam satu kenyataan berkata akan mengadakan siasatan dalaman mereka sendiri berkaitan kes itu, menilai kedudukan Greenwood di dalam skuad itu.

Greenwood merupakan bakat muda elit keluaran akademi United dan dia boleh bermain di kesemua posisi bahagian serangan.

Dia juga memiliki kelebihan boleh menggunakan kedua dua belah kakinya dengan kualiti yang sama. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast