Foto: FB Aeril Zafril

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh media sosial di Twitter memohon maaf kepada pelakon Aeril dan Wawa berikutan ciapannya pada 1 Februari lalu yang menuduh pasangan itu mendapat upah membuat kerja ‘menghasut’ rakyat menyokong Perikatan Nasional (PN).

Pengguna terbabit, Azrulfitri Azimi mengaku terkhilaf kerana tidak memeriksa perkara itu.

“Sememanganya selama ini saya telah bersangka buruk yang Aeril dan isteri telah mendapat bayaran dan banyak ura-ura di media sosial juga menyatakan ramai influencer telah mendapat bayaran daripada PN untuk tujuan promosi.

“Sesungguhnya khilaf itu di pihak saya kerana tidak memeriksa betul-betul.

“Untuk pengetahuan Aeril saya sudah padamkan tweet tersebut semalam. sekali lagi saya mohon maaf ata keterlanjuan kata-kata dan kekhilafan saya,” ciap beliau yang menggunakan akaun @azrulazimi di Twitter.

Dalam ciapan itu Azrulfitri Azimi turut mendoakan pasangan itu sentiasa bahagia dan dilimpaahkan rezeki.

Sebelum itu beliau  berkongsi gambar Aeril dan Wawa dia Twitter memakai baju berlogokan Pakatan Harapan.

“Siapa dominan, siapa tunduk aku tak tau dan sejujurnya aku tak nak tau pun. Tapi apa yang pasti dua-dua ambil job berbayar jadi influencer hasut rakyat sokong Perikatan Nasional,” ciap Azrulfitri.

Bagaimanapun Aeril menafikan tuduhan tersebut dan menggesa Azrulfitri untuk meminta maaf.

Beliau memberikan tempoh 12 jam kepada Azrulfitri untuk berbuat demikian sebelum tindakan seterusnya diambil.

“Fitnah ni. Banyak kali dah aku jawab, tapi kali ni terpaksa lafazkan. Demi Allah satu sen pun aku tak ambil! Boleh saman ke statement dia ini? 12 jam dari sekarang. Sila mohon maaf dan delete,” kata Aeril. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast