Md. Zuki Deraman (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kasut bola kepada pemain GMX Academy SMK Sri Wangi di Gua Musang semalam.

GUA MUSANG – Ahli kumpulan KB City Empire menyumbang kasut bola kepada para pemain GMX Academy dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Wangi dekat sini baru-baru ini.

Pengarah urusannya, Md. Zuki Deraman berkata, program CSR itu mencerminkan komitmen pihaknya para pelajar supaya lebih berjaya dalam arena bola sepak untuk sehingga peringkat profesional.

Beliau berharap bantuan kasut bola ini dapat diterima dengan baik dan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar berkenaan untuk memacu semangat ketika menjalani latihan dan mengharungi perlawanan sebenar bola sepak.

“Kasut bola terpakai sebanyak 22 pasang ini merupakan sumbangan daripada pemain-pemain dari Kelab Carezo Osaka, Jepun dan juga daripada ahli-ahli KB City Empire sendiri.

“Kami ada hubungan baik dengan kelab jepun tersebut maka satu inisiatif diambil untuk berkongsi keseronokan dikalangan pemain Kelab Bola Sepak SMK Sri Wangi dan sekali gus membantu mereka kekal aktif bersukan,” katanya.

Berliau berkata demikian pada Majlis Jalinan Ukhuwah Korporat di Dewan Asrama SMK Sri Wangi dan turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Layu Awang Deraman dan pengetuanya Mohd. Rozali Muda.

Menurut MD Zuki, pihaknya akan meneruskan program yang sama ke kelab -kelab bola sepak sekolah lain selepas ini.

Sementara itu, seorang penerima merupakan pelajar Orang Asli, Asri Anjang, 16, teruja dengan pemberian sumbangan kasut bola berkenaan.

“Sumbangan kasut bola dari pemain Kelab Bola Sepak Jepun, Carezo Osaka ini akan dijadikan inspirasi saya untuk menjadi pemain bola sepak profesional suatu hari nanti.

“Saya juga selalu mengikut perkembangan bola sepak kelab- kelab Jepun dan tahap profesional dalam bidang bola sepak mereka begitu tinggi dan perlu dicontohi dan ini sekaligus menjadi pemangkin semangat untuk saya lebih maju” ujarnya.- MalaysiaGazette