Home Sukan Faisal buat kejutan hadiahkan bapa Proton X50

Faisal buat kejutan hadiahkan bapa Proton X50

KUALA LUMPUR – Kapten Harimau Malaya, Faisal Halim membuat kejutan istimewa apabila menghadiahkan kereta Proton X50 kepada ayahnya.

Acara penyerahan kereta tersebut dibuat ketika Faisal  bersama skuad Merah Kuning berada di Pulau Pinang sempena kejohanan empat penjuru merebut Piala Harapan.

Difahamkan, Faisal atau dikenali sebagai Mickey yang berasal dari Seberang Jaya, Pulau Pinang, mengambil kesempatan ‘pulang ke kampung’ bagi membuat kejutan itu.

Menerusi video dikongsi di TikTok Faisal, beliau memimpin bapanya menuju kereta baharu tersebut sambil disaksikan beberapa rakan sepasukan Selangor FC.

Jersi nombor 7 Selangor FC turut diletakkan di atas kereta berkenaan.

Terdahulu, skuad Selangor menikmati makan malam di Adriana Ikan Bakar di Sungai Dua, Pulau Pinang.

Menerusi ruangan komen, peminat memuji Faisal yang tidak melupakan jasa ibu bapanya yang telah menyokong sehingga beliau menjadi pemain utama Harimau Malaya. – MalaysiaGazette