KUALA LUMPUR – Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi mendakwa Datuk Seri Najib Razak terus dinafikan untuk mendapat hak perbicaraan yang adil.
Ia kerana, Najib dianggap musuh politik yang kekal digeruni.
Najib tetap popular walaupun cuba dimalukan sebagai kluster mahkamah yang dipenjarakan.
Oleh itu, masalah masalah Najib paling besar sekarang ini ialah perbicaraan adil, sedangkan beliau bukan minta kesnya digugurkan.
Najib seperti juga Zahid tidak pernah mengemis parti membelanya, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.
”Malangnya ada pula bekas pemimpin UMNO mengemis pembelaan musuh supaya tidak didakwa. Sebab itu mereka sanggup tikam parti dari belakang. Kini ramai konspirator yang menghalang Najib dapat perbicaraan adil terkeluar dari sistem.
”Tun M umpama jatuh ditimpa tangga. Hilang jawatan PM. Hilang kerusi Langkawi. Hilang deposit. Dia mengaibkan dirinya sendiri. Tommy Thomas hilang jawatan Peguam Negara. Kepincangannya semakin terdedah. Dia akan disiasat oleh RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja). Rakyat menunggu RCI Tommy Thomas beroperasi.
”Muhyiddin hilang jawatan PM (perdana menteri). Menunggu masa untuk didakwa. Baru dia tahu peritnya bila akaun parti dibekukan. Scheme of things beliau terjejas. Tiada lagi sedekah politik.
”Gopal Seri Ram sudah meninggal dunia. Dia penyiasat, dia juga pendakwa. Dia operator Mahathir. Apandi Ali bekas AG mendedahkan Gopal jumpa dia atas arahan Tun M. Dia mahu Apandi dakwa Najib.
”Dia sudah atur dengan PDRM dan Majistret untuk reman Najib. Ini adalah konspirasi untuk memusnahkan Najib. Memang sukar Najib dapat perbicaraan adil selagi mereka ini ada,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Tambah Puad, perlantikan Ketua Hakim Negara pula amat kontroversi dan terbaharu dalam kes semakan kehakiman, pasukan pembela Najib membantah perlantikan Datuk Abu Bakar Jais sebagai anggota lima panel Hakim.
Abu Bakar adalah Hakim Mahkamah Rayuan, yang mana Seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman 1974 menyebut komposisi Hakim Mahkamah Persekutuan mestilah terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan.
Soal beliau, mengapa Abu Bakar dilantik sedangkan masih ada Hakim Mahkamah Persekutuan yang layak menjadi panel semakan tersebut.
”Betullah kata Tan Seri Shafie,Peguam Najib: “kadangkala jadi VIP politik tidak bagus ketika tidak ada kuasa. Orang akan terus menerus memijak kepala anda”
”Ini yang berlaku kepada Najib. Dia berterusan dinafikan hak asasi perbicaraan adil. Dia ancaman kepada musuh politik terdahulu dan saki bakinya yang masih menguasai sistem negara,” ujar beliau. – MalaysiaGazette
Najib adalah punca kepada kemenangan UMNO dan BN dlm PRN Melaka, Sabah dan Johor. Tu sebab ketika PRN tu PN kalah teruk..di Melaka contohnya hanya 1 kerusi jaa PN menang…Jadi utk kekalkan kerajaan yg kuat, bebaskan Najib…kalau tidak, raja fitnah Muhyidin yg jd PM paling gagal dlm sejarah Malaysia akan terus bermaharaja lela..menang dgn berbohong kpd rakyat dan menfitnah