Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama yang lain menggaul 'Yee Sang' pada Jamuan Muhibah Sempena Tahun Baharu Cina 2023 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 05 FEBRUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Seramai 200 keluarga dari Bandar Tun Razak (BTR) di sini  menerima sumbangan barangan keperluan dapur daripada Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM).

Sumbangan berkenaan disampaikan menerusi program Jamuan Muhibah Tahun Baharu Cina yang berlangsung di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata, sumbangan berkenaan salah satu manfaat yang boleh dirasai oleh golongan memerlukan di kawasan berkenaan.

“Selepas dua tahun tidak ada majlis sebesar ini, inilah masanya berkumpul dan membuktikan  ini sebahagian ajaran agama, sesungguhnya perkara yang paling Allah suka kepada muslim selepas semua ibadah fardhu yang lain adalah memberi kegembiraan dalam hati saudaranya,” katanya ketika menyampaikan ucapan.

Turut hadir, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Seramai 500 tetamu sekitar BTRk hadir pada majlis tersebut.

Turut diraikan kira-kira  100 keluarga mualaf di kawasan yang sama.

Pada majlis berkenaan, YADIM turut mengadakan Jualan Rahmah yang menawarkan pelbagai barangan

keperluan harian pada potongan harga hingga 50 peratus untuk penduduk sekitar BTR. – MalaysiaGazette