Foto Instagram Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUr – Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terpaksa membatalkan satu persembahan secara mengejut yang telah dijadualkan semalam apabila anak sulungnya, Siti Aafiyah dikejarkan ke pusat rawatan.

Menerusi perkongsian beliau di Insta Story, biduanita itu memohon maaf kepada pelanggannya kerana memaklumkan perkara tersebut di saat akhir kerana anaknya baharu sahaja mengalami kemalangan.

Menurutnya, Siti Aafiyah terjatuh ketika bermain scooter sehingga mengalami kecederaan di bahagian tangan.

Beliau juga memaklumkan yang anaknya perlu dimasukkan ke Occupational Therapy (OT).

Siti turut berkongsi keadaan tangan Aafiyah yang berbalut dan sebelum menerima rawatan lanjut.

Bagaimanapun, menerusi hantaran terbaru Tokti di Instagram, beliau memaklumkan Aafiyah dalam keadaan baik dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan anaknya.

Siti turut menjunjung kasih kepada Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kerana bertanya khabar serta mendoakan anaknya segera sembuh.

Untuk rekod, Siti Aafiyah merupakan anak pertama Siti selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Pelantun lagu Bukan Cinta Biasa ini telah menimang cahaya mata perempuan pada 2018.

Beliau dan suami, Datuk Seri Mohamad Khaled Jiwa menimang seorang lagi cahaya mata pada 2021 yang diberi nama Muhammad Afwa. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Setahu aku, org jahit dagu dekat OT (operation theatre).. ape kena mengena jatuh skuter, jahit dagu pastu masuk OCCUPATIONAL THERAPY????… xstudy dulu ke sblm tulis artikel?

Comments are closed.