Dua maut manakala lima lagi cedera kerana tersepit dalam kereta dalam kemalangan di Taman Lembah Padang 2 Jdi Muar awal pagi tadi.

MUAR – Dua maut manakala lima lagi cedera kerana tersepit dalam kereta dalam kemalangan berhampiran di Taman Lembah Padang 2 di sini awal pagi tadi.

Menerusi kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, kemalangan itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Saga BLM dan sebuah kereta jenis Proton Wira.

“Terdapat lima orang mangsa yang tersepit dan dua disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Bomba bertindak mengeluarkan mangsa mengunakan peralatan khas,” katanya.

Mangsa yang menaiki kereta Proton Saga iaitu seorang wanita berusia 45 tahun dan seorang lagi wanita di dalam kereta Proton Wira meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala dua lelaki dewasa berusia 19 tahun bersama seorang wanita dewasa yang mana kita belum lagi mempunyai maklumat usia mereka dikatakan cedera kerana tersepit,” katanya.

Dua mangsa diserahkan kepada pihak polis dan tiga mangsa dihantar ke hospital menaiki ambulans ke hospital bagi menerima rawatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast