JOHOR BAHRU – Empat individu yang dikesan membuang sampah di Taman Nusantara Prima di sini dalam kuantiti banyak bakal berdepan tindakan.
Itu reaksi Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang menyelar tindakan beberapa individu tidak bertanggungjawab berbuat demikian petang tadi.
Respon pantas itu diberikannya menerusi perkongsian laman sosial Community Road Johor (CRJ).
Dalam video berdurasi 20 saat itu kelihatan tiga lelaki bersama seorang wanita tanpa segan silu membuang sampah di kawasan perumahan berkenaan.
Menyedari videonya dirakam, salah seorang daripada mereka turut merakam individu yang merekodkan video mereka ketika itu membuang sampah di kawasan itu.
Petang tadi, Onn Hafiz dalam kenyataannya berkata, mana-mana individu yang didapati sengaja membuang sampah di tempat awam akan dikenakan tindakan denda RM500 sekiranya didapati bersalah.
Ini berikutan ingin memastikan Johor menjadi sebuah negeri maju menjelang 2030 tanpa mengabaikan aspek kebersihan.
Kerajaan negeri juga telah berbincang dengan pihak bertanggungjawab bagi memperhebat penguatkuasaan Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN: