Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni mangsa banjir di di PPS SAR KAFA Al-Ubudiah Al-Jariah, Taman Guru, di sini hari ini.

KUANTAN – Rakyat Malaysia perlu lebih bersyukur kerana bencana alam yang melanda negara ini tidak seteruk jika dibandingkan dengan gempa bumi di Turkiye dan Syria baru-baru ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang sedih dengan tragedi yang menimpa dua negara itu menyeru rakyat Malaysia menzahirkan simpati kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

“Kita harus bersyukur, di sini kita hanya menghadapi banjir sahaja tahun demi tahun,”’ titah Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Terdahulu, baginda berkenan menyantuni dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir di di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Ubudiah Al-Jariah, Taman Guru, di sini hari ini.

Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni dan memberi sumbangan kepada mangsa banjir di di PPS SAR KAFA Al-Ubudiah Al-Jariah, Taman Guru, di sini hari ini

Baginda diiringi Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sallehuddin Ishak; Exco Kerajaan Negeri, Sabariah Saidan; Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah dan Datuk Bandar, Datuk Hamdan Hussin.

Sehubungan itu, baginda bertitah agar mangsa-mangsa banjir di negeri ini terus bersabar dan bersyukur di atas musibah yang melanda.

Baginda turut berharap cuaca di Pahang bertambah baik dan penduduk-penduduk yang ditempatkan di PPS dapat pulang ke rumah masing-masing. – MalaysiaGazette